Skip to main content

Tahukah Anda ada Keyboard Warrior Dibayar 3 Juta

Mungkin pembaca tidak percaya kan.... Ikuti temubual eksklusif ini

Datuk Nazir Hussin Akhtar Hussin (Exco Pemuda UMNO)


Beliau dengan jelas mengatakan yang beliau tidak mengetahui wujudnya keyboard warrior didalam parti politik UMNO mahupun Pihak Pembangkang. Bagaimanapun beliau tidak menafikan mungkin ada kumpulan-kumpulan yang berminat untuk menjadi keyboard warrior. 


Mengikut pandangan beliau lagi, jika sekiranya ada keyboard warrior Full-time dan bergaji seperti itu, mungkin pembangkang sudah meninggal didalam pru yang lepas. Beliau merasakan ada pihak yang bekerja untuk membalun Perdana Menteri malangnya keyboard warrior ini gagal. Beliau tidak menolak  ada pemimpin yang mempunyai pengikut yang taksub dan sentiasa membela mereka di media sosial dan hal ini dianggap wajar kerena ini merupakan salah satu strategi untuk mengukuhkan kedudukan politik mereka.


Shen Yee Aun (Bekas Setiausaha Kebangsaan Eksekutif Pemuda DAP)


Beliau berpendapat pada pru 12 dan pru 13 terdapat banyak akaun-akaun palsu. Seiring dengan itu wujudnya personality media atau social media influencer ketika pasca pru. Social Media influencer ini sangat berbahaya kerana kebanyakan mereka ada personaliti2 yang dikenali didalam bidang2 tertentu. Mereka mempunyai kelompok-kelompok masyarakat serta penyokong-penyokong yang mereka mampu untuk mempengaruhi minda dan emosi mereka, Mereka mempunyai mastermind untuk membina strategi bagi membina kekuatan dalam pilihanraya. Isu yang berlainan mempunyai pakar-pakar tertentu sebagai contoh isu dalam negeri Selangor dan juga isu di negeri penang, isu perdana menteri dan juga isu isteri perdana menteri datin seri rosmah.

Siapa yang Bayar Mereka?


Syarul Ema Rena @ Ratu Naga (Exco Wanita PKR)


Dakwaan mereka dibayar itu betul, tetapi kena faham bukan satu kumpulan 300 ribu tetapi mereka menerima pelbagai gred. Beliau setuju yang parti-parti politik ini mempunyai keyboard warrior ataupun dikenali sebagai cybertrooper. Mengikut pandangan beliau, bagi keyboard warrior di barisan nasional, jika mereka tidak dibayar, mereka tidak akan buat kerja. Terdapat juga ramai keyboard  warrior ini makan kedua-dua belah pihak. 

Berapa Bayaran Diterima?

Bagi keyboard warrior UMNO ada dibayar puluhan ribu, ratusan ribu dan juga mececah jutaan ringgit. Terdapat keyboard warrior yang dibayar 3 JUTA tetapi mereka dibayar hanya sekali sahaja untuk satu projek yang dijalankan sehingga tamat pru. 


Bagi pembangkang, mereka bukan dibayar keyboard warrior tetapi inisiatif ahli parti. Jika dahulu, di dalam UMNO dibayar untuk pos dan share satu bulan dibayar minimum RM1500 seorang, sekarang mereka hanya dibayar RM500 seorang sahaja untuk sebulan.


Bagi isu hashtag pula, sebagai contoh di pos perdana menteri, terdapat keyboard warrior yang pos #najibpmkami #respectMyPM , Semua ini telah menggunakan robot dan bukan dibuat oleh individu. Kebanyakkan mereka menggunakan fake ID. 

Beza Mereka dengan Blogger?

Syahril A Kadir (Blogger)

Beliau tidak nafikan ada bayaran  yang diberikan bagi pihak kerajaan dan pembangkang, bayaran itu mungkin sekadar bentuk token ataupun bulanan mahupun mengikut tajuk yang ditulis. Tetapi ada segelintir keyboard warrior ini menjalankan tugas mereka secara sukarela kerana mereka sangat menyayangi parti , pemimpin mereka. 

Yang mencalarkan imej seorang blogger ini adalah apabila mereka menulis tanpa fakta,  menggunakan bahasa-bahasa yang kesat . Beliau menjangkakan menjelang pru ini, hal ini akan menjadi semakin teruk baik dalam kalangan keyboard warrior mahupun blogger.  

Ustaz Mohd Noor Hisyam (Pendakwah)


Fitnah itu lebih besar daripada membunuh. Di sini kita dapat melihat bahawa fitnah itu bukan sesuatu yang dipandang rendah oleh islam kepada penganut. Jadi didalam politik kita tidak boleh menjadikan fitnah sebagai sesuatu untuk mempertahankan diri kita sendiri. 

Tags : 3 jutabarisan nasionalpolitikpembangkangkeyboard warriordibayar 3 juta

Facebook : @udangalah1

Sumber & Bacaan Tambahan

  1. Youtube Sinar Siasat









Comments

Popular posts from this blog

Berapakah Kos Pembedahan Plastik untuk Menjadi Cantik dan Hensem di Malaysia

Menjadi cantik dan kacak adalah impian setiap makhluk di atas muka bumi tuhan yang tercinta ini. Bagi sesetengah orang, mereka sanggup menghabiskan ratusan ribu ringgit untuk menjalani pembedahan plastik bagi mendapatkan tubuh badan atau rupa yang di idamkan. Maka tidak hairanlah, pembedahan plastik menjadi Trend bukan sahaja di negara Barat malahan mula menular ke asia termasuk Malaysia, Singapura, Indonesia dan Thailand . Malah, Thailand mula mengkormesialkan pembedahan plastik ini di negara mereka dengan penubuhan Bangkok Plastic Surgery Clinic yang mendapat kelulusan sijil ISO 9001:2000 DAN ISO 9002 yang mengunakan teknologi termoden. Transformasi selepas Pembedahan Plastik Di Malaysia, budaya pembedahan plastik sudah menampakkan pertumbuhan yang ketara walaupun ianya ditegah oleh fatwa kebangsaan. Jadi, menimbulkan persoalan disini,  Sebenarnya Berapakah Kos Pembedahan Plastik di Malaysia? 1. Sedut Lemak (Liposuction) - RM7,833 Proses penyedutan Lemak

7 Pembunuhan Ngeri Melibatkan Ahli Politik

7. Datuk S. Krishnasamy - ADUN Tenggaroh Datuk S. Krishnasamy Fakta Kes * Dibunuh didalam lif ketika mahu menghadiri Mesyuarat Perhubungan MIC. *Satu das t embakan dilepaskan di belakang leher oleh individu tidak dikenali menyebabkan beliau mati serta merta. Keluarga Beliau Berduka * Mangsa pernah menerima ugutan bunuh melalui panggilan telefon beberapa minggu sebelum kejadian. *Anggota forensik telah membuat siasatan terperinci dan hasilnya membawa pula kepada penangkapan 13 orang suspek. Lokasi Kejadian Pembunuhan *Namun kesemuanya dibebaskan kerana tiada bukti kukuh untuk mengaitkan mereka dengan pembunuhan tokoh politik itu. 6. Samad Gul - Ahli Parlimen PAS Samad Gul, Ahli Parlimen PAS Fakta Kes *16 Julai 1967, Samad Gul dibunuh di Malam Majlis Maulid Nabi di Bangunan PAS Kelantan di Kota Bharu. *Beliau ditetak dibahagian leher dengan kapak siam ketika pulang semasa menuju ke keretanya. Kapak Siam yang telah Digunakan * Penjenayah itu

Siapa Pelajar Terbaik SPM 2017??

15 Mac 2017 adalah tarikh keramat bagi Generasi abad ke 21 pertama yang lahir pada tahun 2000 mengambil keputusan Sijil Pelajaran Malaysia . Kami di Udang Galah mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua adik-adik yang telah mendapat keputusan yang flying colour.  Sekolah Terbaik SPM 2017 Sekolah Berasrama Penuh (SBP) 1. Sekolah Tun Fatimah 2. Sekolah Menengah Sains (SMS) Tuanku Munawir 3. Kolej Islam Sultan Alam Shah 4. Sekolah Menengah Sains (SMS) Seri Puteri 5. Sekolah Sultan Alam Shah 6. Malay College Kuala Kangsar (MCKK) 7. Sekolah Menengah Sains (SMS) Perempuan Seremban 8. Sekolah Menengah Sains (SMS) Alam Shah 9. Sekolah Menengah Agama (SMA) Persekutuan Labu 10. Kolej Tunku Kursiah (TKC) Sekolah Terbaik SPM 2017 Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) - Gred Purata Sekolah 1. Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Taiping, Perak - 1.436 2. Tun Ghafar Baba, Melaka - 1.442 3. Kuantan, Pahang - 1.605 4. Pengkalan Chepa, Kelantan - 1.728 5. Langkawi, Kedah - 1.744 6. Tun Abdul Razak,