Skip to main content

Soal Jawab - Apakah Kesan Uber Bergabung Dengan Grab

 Aplikasi di Google Play ataupun App Store

Soalan : Apakah kesan gabungan ini kepada penumpang ?
Jawapan : Tiada perubahan akan berlaku buat masa ini dan aplikasi anda akan berfungsi seperti biasa. Dengan pengabungan platform Uber dan Grab, anda boleh menjangka untuk mendapat perkhidmatan yang lebih baik dengan lebih ramai pemandu dan pilihan kenderaan dalam satu aplikasi.

Soalan : Adakah saya masih boleh menggunakan aplikasi Uber ?
Jawapan : Perkhidmatan Uber boleh digunakan di Asia Tenggara selama dua minggu sahaja sehingga 8 April sementara kami memindahkan pemandu Uber ke platform Grab. Penumpang Uber boleh muat turun dan menggunakan aplikasi Grab pada bila-bila masa untuk menempah perjalanan anda di Asia Tenggara.

Soalan : Bagaimana untuk saya mula menggunakan aplikasi Grab?
Jawapan : Muat turun aplikasi Grab dari Google Play ataupun App Store, daftar akaun anda dengan kami dan anda sudah bersedia untuk menggunakan perkhidmatan Grab. Untuk penumpang baru di Grab, selamat datang ! . Panduan tentang cara-cara menggunakan aplikasi Grab, untuk menempah perjalanan dan menggunakan GrabPay atau GrabRewards dan lain-lain, ada terdapat di dalam aplikasi.


Gabungan Grab dan Uber

Soalan : Apakah perbezaan di antara aplikasi Grab dan Uber?
Jawapan : Paling penting sekali adalah kedua-dua aplikasi mempunyai fungsi yang sama - untuk anda tempah perjalanan dengan memilih jenis kenderaan yang diingini, sama ada kereta mahupun teksi. Grab memberi lebih lagi manfaat, dimana dengan GrabRewards anda boleh menikmati lebih nilai dengan setiap perjalanan. Naik, Kumpul poin dan tebus serta merta untuk ganjaran seperti baucar kopi, tiket wayang dan banyak lagi. Anda juga boleh tebus poin GrabRewards dan dapatkan diskaun untuk perjalanan seterusnya. 

Soalan : Adakah ada perubahan kepada tambang?
Jawapan: Tidak. Untuk perjalanan yang menggunakan harga tambang dinamik, seperti GrabCar dan JustGrab, tambang akan dikira seperti biasa iaitu berdasarkan jarak asas, dengan surcaj dinamik yang dikenakan berdasarkan faktor-faktor termasuk permintaan dan penawaran pada waktu itu, keadaan lalu lintas dan anggaran masa yang diambil untuk perjalanan tersebut. Ini adalah pengiraan yang adil bagi pemandu yang mengemudi pelbagai keadaan jalan raya sepanjang hari. Ini juga bermakna tambang akan lebih rendah pada waktu permintaan yang rendah – dan begitu juga sebaliknya. Ini membantu memadankan pemandu kepada penumpang dengan efisyen.
Penumpang yang memilih GrabTaxi (Metered) dan GrabTaxi (Executive) akan dikenakan tambang bermeter yang ditetapkan oleh syarikat teksi tersebut.
Grab sentiasa mengutamakan keperluan pemandu dan penumpang, dan kami teguh dalam misi kami untuk menyediakan pelbagai perkhidmatan pengangkutan yang selamat dan berpatutan untuk lapisan masyarakat di Asia Tenggara. Penumpang harus sentiasa diberi pilihan yang paling sesuai untuk mereka, sama ada dari segi kelajuan, harga ataupun keselesaan.

Soalan: Adakah saya akan dapat menempah perjalanan saya dengan lebih cepat?
Jawapan: Kami sedang berkerja keras untuk memindahkan pemandu Uber ke platform Grab. Kami menghargai kesabaran anda sepanjang tempoh peralihan ini sekiranya terdapat sebarang gangguan perkhidmatan. Dalam minggu-minggu akan datang, anda akan dapat menikmati pengalaman tempahan yang lebih cepat, kerana pada masa yang sama kami akan mendaftar lebih ramai lagi pemandu ke platform Grab.

Soalan: Apa akan terjadi kepada maklumat akaun saya di dalam aplikasi Uber?
Jawapan: Anda masih boleh semak sejarah perjalanan dan penilaian di dalam aplikasi Uber. Akaun Uber anda akan kekal aktif dan boleh digunakan di negara yang terletak di luar Asia Tenggara di mana Uber beroperasi. Data dan maklumat yang anda pernah memberi kepada Uber (selain maklumat pembayaran) akan dipindahkan ke Grab, namun maklumat itu tidak akan dipaparkan di aplikasi Grab. Jika anda tidak pernah menggunakan Grab, anda perlu mendaftar akaun untuk mula menempah perjalanan.

Soalan: Saya adalah pelanggan UberEats. Apakah kesan kepada saya?
Jawapan: Sila layari grab.com/my/comingtogether-food untuk ketahui dengan lebih lanjut.

Soalan: Saya adalah pelanggan Uber for Business. Apakah kesan gabungan ini kepada saya?
Jawapan: Perkhidmatan Uber for Business untuk pekerja syarikat tempatan atau antarabangsa tidak boleh digunakan bagi perjalanan dalam Asia Tenggara selepas peralihan berlaku. Perkhidmatan Uber for Business untuk perjalanan di luar Asia Tenggara akan berjalan seperti biasa menerusi perjanjian Uber for Business yang sedia ada.

Jika anda atau majikan anda berminat untuk membuka akaun perniagaan, sila layari Grabforbusiness.com atau e-mel ke gfb.my@grab.com.

Kredit kepada www.mstar.com.my

Comments

Popular posts from this blog

Berapakah Kos Pembedahan Plastik untuk Menjadi Cantik dan Hensem di Malaysia

Menjadi cantik dan kacak adalah impian setiap makhluk di atas muka bumi tuhan yang tercinta ini. Bagi sesetengah orang, mereka sanggup menghabiskan ratusan ribu ringgit untuk menjalani pembedahan plastik bagi mendapatkan tubuh badan atau rupa yang di idamkan. Maka tidak hairanlah, pembedahan plastik menjadi Trend bukan sahaja di negara Barat malahan mula menular ke asia termasuk Malaysia, Singapura, Indonesia dan Thailand . Malah, Thailand mula mengkormesialkan pembedahan plastik ini di negara mereka dengan penubuhan Bangkok Plastic Surgery Clinic yang mendapat kelulusan sijil ISO 9001:2000 DAN ISO 9002 yang mengunakan teknologi termoden. Transformasi selepas Pembedahan Plastik Di Malaysia, budaya pembedahan plastik sudah menampakkan pertumbuhan yang ketara walaupun ianya ditegah oleh fatwa kebangsaan. Jadi, menimbulkan persoalan disini,  Sebenarnya Berapakah Kos Pembedahan Plastik di Malaysia? 1. Sedut Lemak (Liposuction) - RM7,833 Proses penyedutan Lemak

7 Pembunuhan Ngeri Melibatkan Ahli Politik

7. Datuk S. Krishnasamy - ADUN Tenggaroh Datuk S. Krishnasamy Fakta Kes * Dibunuh didalam lif ketika mahu menghadiri Mesyuarat Perhubungan MIC. *Satu das t embakan dilepaskan di belakang leher oleh individu tidak dikenali menyebabkan beliau mati serta merta. Keluarga Beliau Berduka * Mangsa pernah menerima ugutan bunuh melalui panggilan telefon beberapa minggu sebelum kejadian. *Anggota forensik telah membuat siasatan terperinci dan hasilnya membawa pula kepada penangkapan 13 orang suspek. Lokasi Kejadian Pembunuhan *Namun kesemuanya dibebaskan kerana tiada bukti kukuh untuk mengaitkan mereka dengan pembunuhan tokoh politik itu. 6. Samad Gul - Ahli Parlimen PAS Samad Gul, Ahli Parlimen PAS Fakta Kes *16 Julai 1967, Samad Gul dibunuh di Malam Majlis Maulid Nabi di Bangunan PAS Kelantan di Kota Bharu. *Beliau ditetak dibahagian leher dengan kapak siam ketika pulang semasa menuju ke keretanya. Kapak Siam yang telah Digunakan * Penjenayah itu

Siapa Pelajar Terbaik SPM 2017??

15 Mac 2017 adalah tarikh keramat bagi Generasi abad ke 21 pertama yang lahir pada tahun 2000 mengambil keputusan Sijil Pelajaran Malaysia . Kami di Udang Galah mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua adik-adik yang telah mendapat keputusan yang flying colour.  Sekolah Terbaik SPM 2017 Sekolah Berasrama Penuh (SBP) 1. Sekolah Tun Fatimah 2. Sekolah Menengah Sains (SMS) Tuanku Munawir 3. Kolej Islam Sultan Alam Shah 4. Sekolah Menengah Sains (SMS) Seri Puteri 5. Sekolah Sultan Alam Shah 6. Malay College Kuala Kangsar (MCKK) 7. Sekolah Menengah Sains (SMS) Perempuan Seremban 8. Sekolah Menengah Sains (SMS) Alam Shah 9. Sekolah Menengah Agama (SMA) Persekutuan Labu 10. Kolej Tunku Kursiah (TKC) Sekolah Terbaik SPM 2017 Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) - Gred Purata Sekolah 1. Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Taiping, Perak - 1.436 2. Tun Ghafar Baba, Melaka - 1.442 3. Kuantan, Pahang - 1.605 4. Pengkalan Chepa, Kelantan - 1.728 5. Langkawi, Kedah - 1.744 6. Tun Abdul Razak,