Skip to main content

12 Lokasi Hotspot Lemas Punca Kematian, Sila Berhati-hati Rakyat Malaysia!!!

Cuti sekolah dah semakin hampir, keghairahan ibu bapa merancang percutian sentiasa menjadi topik perbincangan bersama keluarga. Di sini lah ibu bapa memainkan peranan penting meluangkan masa mereka bersama anak-anak setelah banyak menghabiskan  masa di pejabat. Justeru, beberapa tempat menjadi tumpuan orang ramai untuk menghabiskan waktu bersama sama ada di dalam dan luar negara. Tetapi, awas jangan silap percaturan kerana dikhuatiri senyuman bertukar dengan air mata dengan kejadian yang tidak diingini. Beberapa tempat Udang Galah senaraikan sebagai tempat paling berisiko di Malaysia.

Lokasi Yang Berisiko Tinggi


1. Sungai Kampung Batu Payung, Tawau Sabah
    Jumlah Kematian : 15 Orang 

Sungai Kampung Batu Payung, Tawau Sabah 

2. Sungai SKC Kampung Timah, Selangor
    Jumlah Kematian : 7 Orang

Keratan Akhbar Kejadian Lemas di Sungai SKC Kampung Timah, Selangor


3. Sungai Kampung Sabak, Pangkalan Chepa, Kelantan
    Jumlah Kematian : 6 Orang

Sungai Kampung Sabak, Pangkalan Chepa, Kelantan


4. Sungai Chilling, Selangor
    Jumlah Kematian : 6 Orang

Laporan Lemas Pelajar Kolej di  Sungai Chilling, Selangor


5. Sungai Gasi, Selangor
    Jumlah Kematian : 5 Orang

Beberapa Anggota Bomba Mengangkat Mayat di Sungai Gasi, Selangor


6. Air Terjun Sungai Sendat, Selangor
    Jumlah Kematian : 12 Orang

Kes 3 Sabahat Karib Lemas di Air Terjun Sungai Sendat, Selangor


7. Air Terjun Lata Berembun, Raub, Pahang
    Jumlah Kematian : 10 Orang

Laporan Sinar Kejadian Lemas di Air Terjun Lata Berembun, Raub, Pahang


8. Air Terjun Chamang, Pahang
    Jumlah Kematian : 5 Orang

Pasukan Bomba mengangkat Mayat mangsa Lemas di Air Terjung Chamang, Pahang


9. Pantai Nipah, Kelantan
    Jumlah Kematian : 14 Orang

Laut Bergelora Semasa Proses Mencari di Pantai Nipah, Kelantan


10. Muara Tok Bali, Kelantan
      Jumlah Kematian : 7 Orang

Mayat Mangsa Lemas Ditemui di Muara Tok Bali, Kelantan


11. Teluk Bahang, Pulau Pinang
      Jumlah Kematian : 7 Orang

Beberapa Anggota Polis Mengenalpasti Mayat yang Dijumpai di  Teluk Bahang, Pulau Pinang 


12. Empangan Semenyih, Selangor
      Jumlah Kematian : 10 Orang

Anggota JBPM Masih Mencari Mangsa Lemas di  Empangan Semenyih, Selangor


Perlu Diberi Perhatian


Mengikut statistik dikeluarkan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), dalam dua bulan pertama tahun 2018, sebanyak 65 kes lemas dilaporkan berlaku di badan air atau kawasan rekreasi yang menjadi tumpuan awam. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 42 kes berlaku di kawasan sungai / tali air, kawasan pantai sebanyak 11 kes, kawasan air terjun 8 kes dan kawasan tasik/lombong adalah 4 kes.

Statistik bagi 2017 menunjukkan sebanyak 327 Kes lemas di badan air dan rekreasi dilaporkan
Statistik bagi 2016 pula sebanyak 260 Kes telah dilaporkan.
Peningkatan sebanyak 67 Kes pada 2017 berbanding tahun 2016. Peningkatan ini memberikan tanda tidak baik dan memberikan kesedaran kepada orang awam supaya lebih berhati-hati terhadap risiko yang tidak dijangka.

Note : Bagi pihak kami, ibu bapa perlu lebih berhati-hati dan sentiasa mengawasi keselamatan anak-anak ketika beriadah bersama keluarga. Happy Holiday :)



Comments

Popular posts from this blog

Berapakah Kos Pembedahan Plastik untuk Menjadi Cantik dan Hensem di Malaysia

Menjadi cantik dan kacak adalah impian setiap makhluk di atas muka bumi tuhan yang tercinta ini. Bagi sesetengah orang, mereka sanggup menghabiskan ratusan ribu ringgit untuk menjalani pembedahan plastik bagi mendapatkan tubuh badan atau rupa yang di idamkan. Maka tidak hairanlah, pembedahan plastik menjadi Trend bukan sahaja di negara Barat malahan mula menular ke asia termasuk Malaysia, Singapura, Indonesia dan Thailand . Malah, Thailand mula mengkormesialkan pembedahan plastik ini di negara mereka dengan penubuhan Bangkok Plastic Surgery Clinic yang mendapat kelulusan sijil ISO 9001:2000 DAN ISO 9002 yang mengunakan teknologi termoden. Transformasi selepas Pembedahan Plastik Di Malaysia, budaya pembedahan plastik sudah menampakkan pertumbuhan yang ketara walaupun ianya ditegah oleh fatwa kebangsaan. Jadi, menimbulkan persoalan disini,  Sebenarnya Berapakah Kos Pembedahan Plastik di Malaysia? 1. Sedut Lemak (Liposuction) - RM7,833 Proses penyedutan Lemak

7 Pembunuhan Ngeri Melibatkan Ahli Politik

7. Datuk S. Krishnasamy - ADUN Tenggaroh Datuk S. Krishnasamy Fakta Kes * Dibunuh didalam lif ketika mahu menghadiri Mesyuarat Perhubungan MIC. *Satu das t embakan dilepaskan di belakang leher oleh individu tidak dikenali menyebabkan beliau mati serta merta. Keluarga Beliau Berduka * Mangsa pernah menerima ugutan bunuh melalui panggilan telefon beberapa minggu sebelum kejadian. *Anggota forensik telah membuat siasatan terperinci dan hasilnya membawa pula kepada penangkapan 13 orang suspek. Lokasi Kejadian Pembunuhan *Namun kesemuanya dibebaskan kerana tiada bukti kukuh untuk mengaitkan mereka dengan pembunuhan tokoh politik itu. 6. Samad Gul - Ahli Parlimen PAS Samad Gul, Ahli Parlimen PAS Fakta Kes *16 Julai 1967, Samad Gul dibunuh di Malam Majlis Maulid Nabi di Bangunan PAS Kelantan di Kota Bharu. *Beliau ditetak dibahagian leher dengan kapak siam ketika pulang semasa menuju ke keretanya. Kapak Siam yang telah Digunakan * Penjenayah itu

Siapa Pelajar Terbaik SPM 2017??

15 Mac 2017 adalah tarikh keramat bagi Generasi abad ke 21 pertama yang lahir pada tahun 2000 mengambil keputusan Sijil Pelajaran Malaysia . Kami di Udang Galah mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua adik-adik yang telah mendapat keputusan yang flying colour.  Sekolah Terbaik SPM 2017 Sekolah Berasrama Penuh (SBP) 1. Sekolah Tun Fatimah 2. Sekolah Menengah Sains (SMS) Tuanku Munawir 3. Kolej Islam Sultan Alam Shah 4. Sekolah Menengah Sains (SMS) Seri Puteri 5. Sekolah Sultan Alam Shah 6. Malay College Kuala Kangsar (MCKK) 7. Sekolah Menengah Sains (SMS) Perempuan Seremban 8. Sekolah Menengah Sains (SMS) Alam Shah 9. Sekolah Menengah Agama (SMA) Persekutuan Labu 10. Kolej Tunku Kursiah (TKC) Sekolah Terbaik SPM 2017 Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) - Gred Purata Sekolah 1. Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Taiping, Perak - 1.436 2. Tun Ghafar Baba, Melaka - 1.442 3. Kuantan, Pahang - 1.605 4. Pengkalan Chepa, Kelantan - 1.728 5. Langkawi, Kedah - 1.744 6. Tun Abdul Razak,