Skip to main content

5 Kes Rasuah Savage di Malaysia

Yes.. di atas permintaan  ramai, hari ini admin keluarkan cerita tentang 5 kes rasuah di Malaysia. Ini bukan sehengget dua tapi melibatkan jutaan ringgit fulus. Nangis admin masa kaji kes rasuah kat malaysia. Betapa musnah negara dek kerana rasuah durjana :

5. Khir Toyo - RM 6.5 Juta, RM 3.5 Juta

Muka ada senyummmmm

Dr Khor Toyo ni merupakan Menteri Besar Selangor ke 13. sebelum jadi menteri, dia ni merupakan seorang doktor gigi.

Kes Pendakwaan?
Kes dia ni bermula pada 2007, apabila dia telah didakwa meyalahgunakan kuasa untuk mendapatkan dua lot tanah dan sebuah banglo di Shah Alam yang masing-ma sing bernilai RM6.5 Juta dan RM3.5 Juta. Juta weiii bukan seringgit.
Banglo bernilai RM6.5 juta dan RM3.5 juta


Hukuman?

Setelah disabitkan kesalahan dengan hukuman penjara 12 bulan, pada 2015, gelaran 'Datuk Seri" yang diberi oleh Sultan Selangor telah ditarik semula. Jadi tanah dia yang kontroversi tu telah ditarik hak dan diserahkan kepada kerajaan. pada 27 Mei 2016, khir toyo secara rasmi telah bebas.

4. Datuk Seri Salleh Ismail - RM 49.7 Juta, RM 9,758,140 Juta

Salleh Ismail semasa Press Conference

Kepada sesiapa yang tak kenal dia ni, dia ni merupakan suami kepada bekas Menteri Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan Ketua Wanita UMNO Tan Sri Shahrizat Abd Jalil. Salleh Ismail adalah Pengerusi Eksekutif National Feedlot Cosporation (NFCorp).

Kes Pendakwaan?

Kes bermula apabila dia telah dituduh pecah amanah yang bernilai RM49.7 Juta, Dalam dakwaan yang telah difailkan, Salleh dituduh memindahkan wang sebanyak RM40 Juta milik NFCorp kepada National Meat And Livestock Corporation secara sedar. Selain itu, Salleh juga dituduh salah guna wang bernilai RM9,758,140 dari NFCorp untuk membeli 2 buah kondo di Kompleks One Menerung Bangsar. 



Hukuman?

Tapi biasalah bila dah libatkan ahli politik, pada 24 November 2015, Mahkamah Seksyen membebas kan Salleh dari kedua dua pertuduhan tersebut. Harap Hadam okay.
Dibebaskan..boeeekkkkkk

3. Tan Sri Kasitah Gaddam - RM 16.8 Juta

Pertuduhan pada 12 Februari 2004, apabila dia masih lagi seorang Menteri Tanah dan Pembangunan Koperasi. 

Kes Pendakwaan?

Mengikut laporan dia didakwa kerana salah guna kuasa sebagai Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah (LKTNS) dengan Meluluskan penjualan saham sebanyak RM16.8 Juta SAPI  Plantation Sdn Bhd milik LKTNS kepada Brismark Enterprise Sdn Bhd. Kelulusan telah dibuat oleh dia selepas dijanjikan dengan tawaran RM3.36 Juta saham SAPI Plantation oleh Pengurus Besar LKTNS. Bukan  itu sahaja, dia juga disabitkan kesalahan menipu LKTNS yang melibatkan saham dua syarikat untuk tujuan disenaraikan didalam Bursa Saham Kuala Lumpur.
Keratan akhbar 


Hukuman?

Pada 12 Ogos 2009, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melepaskan Kasitah dan didapati tidak bersalah untuk kesemua pertuduhan.

2. Tan Sri Eric Chia - RM 76.4 Juta

Rasuah bernilai RM76.4 Juta ketika itu dia merupakan bekas Pengarah Urusan Perwaja Rolling Mill and Development Sdn Bhd (PERWAJA).

Kes Pendakwaan?

Di dalam fail pertuduhan, dia didakwa telah megarahkan pembayaran wang sebanyak RM76.4 Juta kepada akaun Frilsham Incorporated di Hong Kong atas alasan kerja teknikal di kilang syarikat tersebut. Dalam lingkungan waktu, tuduhan dipinda kepada tuduhan meluluskan wang tersebut untuk mengadakan perjanjian dengan NKK Corporation untuk sebuah syarikat berpangkalan di Jepun. Apa yang menarik sebenarnya kelulusan wang itu tidak diluluskan dari Lembaga Pengarah dan Jawatan Kuasa Tender Perwaja.

Hukuman?

Macam biasalah dia didapati tidak bersalah pada tahun 2007.
Meninggal pada Jun 2008 kerana serangan jantung


1. Dato' Harun Idris - RM 250,000, RM 8 Juta

Merupakan Menteri Besar Selangor yang telah berkhidmat selama 12 Tahun, tetapi mengambil keputusan meletak jawatan pada 27 Mac 1976 dan serta merta dipecat keahlian UMNO setelah terlibat dengan rasuah.
Dato Harun Idris semasa menjadi MB Selangor

Kes Pendakwaan?

Pertuduhan bermula apabila dia menerima 250,000 dari Hong Kong and Shanghai Banking Corporation agar bank-bank tadi boleh bina sebuah bangunan di Kuala Lumpur. Tak Cukup dengan itu, pada 1975, Harun mengadakan perlawanan tinju antara Muhammad Ali dan Joe Bugner di Stadium Merdeka tapi hairan bin harun apabila tiada sebarang keuntungan, setelah disiasat dia telah menyalahgunakan wang Bank Rakyat sebanyak RM8 Juta untuk perlawan tersebut yang pada ketika itu, Harun merupakan Pengerusi Bank Rakyat.

Hukuman?

Dia dipenjara 8 tahun dan dibebaskan selepas mendapat pengampunan Diraja dari Yang Dipertuan Agong

Note: Rasuah membinasakan kehidupan. Haram tau tak.. kepada Sesiapa yang telah menerima rasuah, please bertaubat jangan jadi Haram J sangat!

Comments

Popular posts from this blog

Berapakah Kos Pembedahan Plastik untuk Menjadi Cantik dan Hensem di Malaysia

Menjadi cantik dan kacak adalah impian setiap makhluk di atas muka bumi tuhan yang tercinta ini. Bagi sesetengah orang, mereka sanggup menghabiskan ratusan ribu ringgit untuk menjalani pembedahan plastik bagi mendapatkan tubuh badan atau rupa yang di idamkan. Maka tidak hairanlah, pembedahan plastik menjadi Trend bukan sahaja di negara Barat malahan mula menular ke asia termasuk Malaysia, Singapura, Indonesia dan Thailand . Malah, Thailand mula mengkormesialkan pembedahan plastik ini di negara mereka dengan penubuhan Bangkok Plastic Surgery Clinic yang mendapat kelulusan sijil ISO 9001:2000 DAN ISO 9002 yang mengunakan teknologi termoden. Transformasi selepas Pembedahan Plastik Di Malaysia, budaya pembedahan plastik sudah menampakkan pertumbuhan yang ketara walaupun ianya ditegah oleh fatwa kebangsaan. Jadi, menimbulkan persoalan disini,  Sebenarnya Berapakah Kos Pembedahan Plastik di Malaysia? 1. Sedut Lemak (Liposuction) - RM7,833 Proses penyedutan Lemak

7 Pembunuhan Ngeri Melibatkan Ahli Politik

7. Datuk S. Krishnasamy - ADUN Tenggaroh Datuk S. Krishnasamy Fakta Kes * Dibunuh didalam lif ketika mahu menghadiri Mesyuarat Perhubungan MIC. *Satu das t embakan dilepaskan di belakang leher oleh individu tidak dikenali menyebabkan beliau mati serta merta. Keluarga Beliau Berduka * Mangsa pernah menerima ugutan bunuh melalui panggilan telefon beberapa minggu sebelum kejadian. *Anggota forensik telah membuat siasatan terperinci dan hasilnya membawa pula kepada penangkapan 13 orang suspek. Lokasi Kejadian Pembunuhan *Namun kesemuanya dibebaskan kerana tiada bukti kukuh untuk mengaitkan mereka dengan pembunuhan tokoh politik itu. 6. Samad Gul - Ahli Parlimen PAS Samad Gul, Ahli Parlimen PAS Fakta Kes *16 Julai 1967, Samad Gul dibunuh di Malam Majlis Maulid Nabi di Bangunan PAS Kelantan di Kota Bharu. *Beliau ditetak dibahagian leher dengan kapak siam ketika pulang semasa menuju ke keretanya. Kapak Siam yang telah Digunakan * Penjenayah itu

Siapa Pelajar Terbaik SPM 2017??

15 Mac 2017 adalah tarikh keramat bagi Generasi abad ke 21 pertama yang lahir pada tahun 2000 mengambil keputusan Sijil Pelajaran Malaysia . Kami di Udang Galah mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua adik-adik yang telah mendapat keputusan yang flying colour.  Sekolah Terbaik SPM 2017 Sekolah Berasrama Penuh (SBP) 1. Sekolah Tun Fatimah 2. Sekolah Menengah Sains (SMS) Tuanku Munawir 3. Kolej Islam Sultan Alam Shah 4. Sekolah Menengah Sains (SMS) Seri Puteri 5. Sekolah Sultan Alam Shah 6. Malay College Kuala Kangsar (MCKK) 7. Sekolah Menengah Sains (SMS) Perempuan Seremban 8. Sekolah Menengah Sains (SMS) Alam Shah 9. Sekolah Menengah Agama (SMA) Persekutuan Labu 10. Kolej Tunku Kursiah (TKC) Sekolah Terbaik SPM 2017 Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) - Gred Purata Sekolah 1. Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Taiping, Perak - 1.436 2. Tun Ghafar Baba, Melaka - 1.442 3. Kuantan, Pahang - 1.605 4. Pengkalan Chepa, Kelantan - 1.728 5. Langkawi, Kedah - 1.744 6. Tun Abdul Razak,