Skip to main content

7 Pembunuhan Ngeri Melibatkan Ahli Politik

7. Datuk S. Krishnasamy - ADUN Tenggaroh

Datuk S. Krishnasamy

Fakta Kes

*Dibunuh didalam lif ketika mahu menghadiri Mesyuarat Perhubungan MIC.
*Satu das tembakan dilepaskan di belakang leher oleh individu tidak dikenali menyebabkan beliau mati serta merta.
Keluarga Beliau Berduka

*Mangsa pernah menerima ugutan bunuh melalui panggilan telefon beberapa minggu sebelum kejadian.
*Anggota forensik telah membuat siasatan terperinci dan hasilnya membawa pula kepada penangkapan 13 orang suspek.

Lokasi Kejadian Pembunuhan
*Namun kesemuanya dibebaskan kerana tiada bukti kukuh untuk mengaitkan mereka dengan pembunuhan tokoh politik itu.

6. Samad Gul - Ahli Parlimen PAS



Samad Gul, Ahli Parlimen PAS

Fakta Kes

*16 Julai 1967, Samad Gul dibunuh di Malam Majlis Maulid Nabi di Bangunan PAS Kelantan di Kota Bharu.
*Beliau ditetak dibahagian leher dengan kapak siam ketika pulang semasa menuju ke keretanya.

Kapak Siam yang telah Digunakan

*Penjenayah itu dikejar oleh orang ramai yang juga baru turun dari bangunan PAS tetapi dia terlepas lari dan tidak dapat dikesan sehingga sekarang.
*Seorang mata-mata polis yang nampak Samad Gul memegang leher yang berlumuran darah dan terus membawa beliau ke hospital.

Keratan Akhbar

*Seorang pemandu teksi didakwa membunuh Samad Gul tetapi dilepaskan kerana tidak ada bukti-bukti yang kukuh.

5. Norjan Khan Bahadar - Pembantu Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah

Datuk Norjan Khan Bahadar

Fakta Kes

*Datuk Norjan Khan Bahadar, ditemui mati dipercayai dibunuh di dalam sebuah bilik di Hotel Shangri-La.
*Mayat Norjan ditemui dalam keadaan terbaring ditepi katil dengan beberapa kesan tikaman di bahagian leher dan muka.
Laporan Media Pembunuhan Norjan

*Polis telah menahan seseorang individu yang dikenali sebagai Azman, 27, yang juga bekas pekerja hotel.
*Tertuduh mendakwa Norjan menjalinkan hubungan sulit dengan ahli perniagaan Pakistan, Amir Khan Amjad Khan pada malam kejadian.
*Kesemua suspek dibebaskan kerana tiada bukti kukuh.
*Kes ini diklasifikasikan sebagai kes rompak dan bunuh.

4. Kevin Morais - Timbalan Pendakwa Raya

Kevin Morais

Fakta Kes

*Kevin dilaporkan hilang dan diculik selepas keluar dari rumahnya untuk ke pejabatnya di Putrajaya.
*Proton Perdana tanpa nombor enjin dan casis ditemui dalam keadaan sudah dirosakkan dan hangus terbakar ditemui di Hutan Melintang, Perak.
Kereta Kevin dijumpai di Hutan Melintang, Perak

*Mayat Kevin Morais ditemui dalam sebuah tong berisi konkrit di Jalan Subang 3, Taman Subang Mewah, USJ 1.
Mayat Kevin Disimen di dalam Tong

*Suspek berumur 52 tahun petugas sebagai doktor perubatan (ATM) dikatakan dalang dalam kes ini.
*Seorang lelaki dipenjara 2 tahun kerana menyembunyikan mayat dan menghapuskan kereta Kevin Morais.
*Kes ini masih lagi disiasat.

3. Altantuyaa Shaariibu - Model dan Ahli Perniagaan



Fakta Kes

*Mayat Altantuyaa ditemui dalam keadaan mengerikan dimana cebisan daging-daging mayat ditemui bertebaran di Hutan Simpan Puncak Alam.
*Manakala kesan bakar akibat letupan C4 ditemui di Mukim Bukit Raja, Bahan letupan C4 digunakan bagi menghapuskan mayat.


*Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar dihukum gantung sampai mati setelah didapati bersalah membunuh Altantuyaa Shaariibu.
*Razak Baginda, 48, dibebaskan tanpa perlu membela diri selepas mahkamah gagal menyabitkan beliau dengan elemen bersubahat.


*Kes pembunuhan Altantuyaa telah tersebar dan ia menjadi liputan seluruh dunia kerana kes yang agak kontroversi kerana melibatkan Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Mohd Najib dan Isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor.


2. Hasleza Ishak - Isteri Kedua Raja Dihilir Perak

Hasleza Ishak

Fakta Kes

*6 Oktober 2002, Hasleza Ishak jatuh ke tanah dalam keadaan nafas tersekat-sekat selepas ditetak dari belakang.
*Kemudian mayatnya dibuang dari sebuah jambatan diantara Larut Matang dan Selama Setinggi bangunan 5 tingkat. 
6 Suspek dibawa ke Mahkamah

*4 tertuduh ialah tukang kayu, Sabarudin Non, Nelayan, J Manimaran, bomoh, Rahim Ismail dan pekerja istana Raja Dihilir Perak, Tengku Aristonsjah.

Disabitkan Kesalahan 14 Tahun Penjara

*Pada awal perbicaraan kesemua suspek dijatuhkan hukuman penjara 20 tahun oleh Hakim Mohd Noor.
*Rayuan tukang kayu, Sabarudin Non, dan Nelayan, J. Manimaran ditolak dan mereka dijatuhkan hukuman penjara 14 tahun oleh Mahkamah Tinggi

1. Datuk Mazlan Idris - Ahli Dewan Undangan Negeri

Datuk Mazlan Idris

Fakta Kes

*Selepas 2 minggu Mazlan gagal dikesan, UMNO Raub membuat laporan polis di Balai Polis Raub mengenai kehilangannya.
*Mayat Mazlan dijumpai disebuah rumah di Raub, Pahang.
Dipotong 18 Bahagian

Kapak dan Parang digunakan untuk Membunuh Mazlan

*Kepalanya ditetak sebelum badannya dipotong 18 bahagian tertanam dibilik stor.

Mona, Affendi dan Juraimi telah Didapati Bersalah

*Polis menjumpai beberapa anggota manusia yang ditanam di kawasan bekas rumah yang pernah didiami pasangan bomoh dikenali sebagai Affendi dan Mona di Klang.
*"Saya tetak leher Datuk Mazlan dengan kapak sebanyak 3 kali baru kepalanya putus selepas mendapat isyarat tangan daripada Affandi" kata Juraimi.
*"I'm not the one who do it, but he (Juraimi) the one who do it" kata Affandi.
*"Saya cakap benar, demi Allah, jika saya cakap tak benar, saya terkeluar dari umat Nabi Muhammad" Kata Mona Fendy.
*Rayuan mereka ditolak mahkamah pada 24 Oktober 1997 dan akhirnya Mona Fendy, Affandi dan Juraimi digantung serentak di Penjara Kajang pada 02 November 2001.


Note : Pilihanraya dah nak dekat ni, jadi ahli politik semua boleh lah lebih berhati-hati dengan musuh disekeliling. 

Comments

Popular posts from this blog

Berapakah Kos Pembedahan Plastik untuk Menjadi Cantik dan Hensem di Malaysia

Menjadi cantik dan kacak adalah impian setiap makhluk di atas muka bumi tuhan yang tercinta ini. Bagi sesetengah orang, mereka sanggup menghabiskan ratusan ribu ringgit untuk menjalani pembedahan plastik bagi mendapatkan tubuh badan atau rupa yang di idamkan. Maka tidak hairanlah, pembedahan plastik menjadi Trend bukan sahaja di negara Barat malahan mula menular ke asia termasuk Malaysia, Singapura, Indonesia dan Thailand . Malah, Thailand mula mengkormesialkan pembedahan plastik ini di negara mereka dengan penubuhan Bangkok Plastic Surgery Clinic yang mendapat kelulusan sijil ISO 9001:2000 DAN ISO 9002 yang mengunakan teknologi termoden. Transformasi selepas Pembedahan Plastik Di Malaysia, budaya pembedahan plastik sudah menampakkan pertumbuhan yang ketara walaupun ianya ditegah oleh fatwa kebangsaan. Jadi, menimbulkan persoalan disini,  Sebenarnya Berapakah Kos Pembedahan Plastik di Malaysia? 1. Sedut Lemak (Liposuction) - RM7,833 Proses penyedutan Lemak

Siapa Pelajar Terbaik SPM 2017??

15 Mac 2017 adalah tarikh keramat bagi Generasi abad ke 21 pertama yang lahir pada tahun 2000 mengambil keputusan Sijil Pelajaran Malaysia . Kami di Udang Galah mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua adik-adik yang telah mendapat keputusan yang flying colour.  Sekolah Terbaik SPM 2017 Sekolah Berasrama Penuh (SBP) 1. Sekolah Tun Fatimah 2. Sekolah Menengah Sains (SMS) Tuanku Munawir 3. Kolej Islam Sultan Alam Shah 4. Sekolah Menengah Sains (SMS) Seri Puteri 5. Sekolah Sultan Alam Shah 6. Malay College Kuala Kangsar (MCKK) 7. Sekolah Menengah Sains (SMS) Perempuan Seremban 8. Sekolah Menengah Sains (SMS) Alam Shah 9. Sekolah Menengah Agama (SMA) Persekutuan Labu 10. Kolej Tunku Kursiah (TKC) Sekolah Terbaik SPM 2017 Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) - Gred Purata Sekolah 1. Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Taiping, Perak - 1.436 2. Tun Ghafar Baba, Melaka - 1.442 3. Kuantan, Pahang - 1.605 4. Pengkalan Chepa, Kelantan - 1.728 5. Langkawi, Kedah - 1.744 6. Tun Abdul Razak,