Skip to main content

Mengimbau Kisah Silam :4 Tragedi Pokok Tumbang Yang Meragut Nyawa

Kisah tragedi pokok tumbang baru sahaja berlaku di Depan KLCC pada 5 Mac 2018. Kejadian ini memberi kan situasi yang duka kepada kita, tambahan pula, kejadian ini bukanlah kejadian yang pertama berlaku di Malaysia, Udang Galah merangkulkan 4 peristiwa pokok tumbang di Malaysia sehingga meragut Nyawa :


1. Dua Pelajar UiTM Puncak Alam Maut semasa Beriadah

Proses Menyelamat Diteruskan

Pada 13 Mei 2017, dua pelajar UiTM Puncak Alam maut sementara 6 lagi rakan mereka cedera selepas dihempap pokok tumbang. Kisah ini bermula apabila seramai 140 pelajar dan 4 orang pensyarah tiba di kawasan air Terjun Lata Charok, Janda Baik Bentong. Bagaimanapun, semasa melakukan aktiviti survival, secara tiba-tiba sebatang pokok tumbang dan menghempap para pelajar. Mangsa yang maut dikenali Noorain Mokhtar, 23 dari sungai besar selangor dan Muhammad Kamil Md Sukri, 22. Mayat Noorain ditemui pada pagi hari kejadian manakala mayat Muhammad Kamil ditemui di bawah sebatang pokok balak lebih kurang dua kilometer dari trek berjalan kaki. (Astro Awani , 13 Mei 2017)

2. Dua Maut Selepas Kenderaan Dinaiki Dihempap Pokok

Keadaan Kereta yang Remuk

Kejadian berlaku di Jalan Batu Rakit, apabila dua termasuk seorang pelajar maut manakala tiga yang lain parah selepas dua kenderaan dinaiki dihempap pokok tumbang. Pada pukul 1 tengahari tersebut, sebuah van sekolah dinaiki tiga termasuk dua remaja dan sebuah perodua Kancil dinaiki dua wanita, remuk dipercayai dihempap pokok yang tumbang secara tiba-tiba. Pemandu van terbabit dan seorang remaja berusia 17 tahun yang duduk di bahagian depan disahkan meninggal dunia ddi lokasi kejadian (Berita Harian, 07 Oktober 2017)

3. Peniaga Maut Dihempap, Rutin Bercakap Dengan Pokok

Gerai Peniaga dihempap Pokok

13 Februari 2018 Rutin seorang peniaga bercakap dengan sebatang pohon asam jawa di tepi gerainya berakhir setelah maut dihempap pokok tersebut. Chok Ai Yee, 44 parah di kepala dan badan akibat dihempap pokok sebesar pemeluk orang dewasa dan setinggi lima meter. Wanita tersebut meninggal dunia serta merta di tempat kejadian (The Malay Mail, 3 Mac 2018)

4. Maut Dihempap Pokok Ketika Ambil Makanan

Khemah Dihempap Pokok

Remaja lelaki maut dihempap pokok kelapa sawit yang tumbang ketika dia sedang mengambil makanan dibawah khemah majlis kenduri arwah yang dihadiri bersama keluarganya di kampung Bukit Chawi, Kampung Gajah, Perak. Muhamad Khairul Syamril Sauffi,13, parah dihempap pokok berkenaan dan dikejarkan ke Klinik Kesihatan Ulu Dedap namun disahkan meninggal dunia. Pokok berkenaan dipercayai tiba-tiba tumbang menghempap khemah dan polis mengklasifikasikan kes sebagai mati mengejut. (Malaysianupdate, 8 Okt 2017)


Note : Kematian itu tidak menunggu kita, maka sentiasa berwaspada dengan keadaan sekeliling. Al Fatihah


Comments

Popular posts from this blog

Berapakah Kos Pembedahan Plastik untuk Menjadi Cantik dan Hensem di Malaysia

Menjadi cantik dan kacak adalah impian setiap makhluk di atas muka bumi tuhan yang tercinta ini. Bagi sesetengah orang, mereka sanggup menghabiskan ratusan ribu ringgit untuk menjalani pembedahan plastik bagi mendapatkan tubuh badan atau rupa yang di idamkan. Maka tidak hairanlah, pembedahan plastik menjadi Trend bukan sahaja di negara Barat malahan mula menular ke asia termasuk Malaysia, Singapura, Indonesia dan Thailand . Malah, Thailand mula mengkormesialkan pembedahan plastik ini di negara mereka dengan penubuhan Bangkok Plastic Surgery Clinic yang mendapat kelulusan sijil ISO 9001:2000 DAN ISO 9002 yang mengunakan teknologi termoden. Transformasi selepas Pembedahan Plastik Di Malaysia, budaya pembedahan plastik sudah menampakkan pertumbuhan yang ketara walaupun ianya ditegah oleh fatwa kebangsaan. Jadi, menimbulkan persoalan disini,  Sebenarnya Berapakah Kos Pembedahan Plastik di Malaysia? 1. Sedut Lemak (Liposuction) - RM7,833 Proses penyedutan Lemak

7 Pembunuhan Ngeri Melibatkan Ahli Politik

7. Datuk S. Krishnasamy - ADUN Tenggaroh Datuk S. Krishnasamy Fakta Kes * Dibunuh didalam lif ketika mahu menghadiri Mesyuarat Perhubungan MIC. *Satu das t embakan dilepaskan di belakang leher oleh individu tidak dikenali menyebabkan beliau mati serta merta. Keluarga Beliau Berduka * Mangsa pernah menerima ugutan bunuh melalui panggilan telefon beberapa minggu sebelum kejadian. *Anggota forensik telah membuat siasatan terperinci dan hasilnya membawa pula kepada penangkapan 13 orang suspek. Lokasi Kejadian Pembunuhan *Namun kesemuanya dibebaskan kerana tiada bukti kukuh untuk mengaitkan mereka dengan pembunuhan tokoh politik itu. 6. Samad Gul - Ahli Parlimen PAS Samad Gul, Ahli Parlimen PAS Fakta Kes *16 Julai 1967, Samad Gul dibunuh di Malam Majlis Maulid Nabi di Bangunan PAS Kelantan di Kota Bharu. *Beliau ditetak dibahagian leher dengan kapak siam ketika pulang semasa menuju ke keretanya. Kapak Siam yang telah Digunakan * Penjenayah itu

Siapa Pelajar Terbaik SPM 2017??

15 Mac 2017 adalah tarikh keramat bagi Generasi abad ke 21 pertama yang lahir pada tahun 2000 mengambil keputusan Sijil Pelajaran Malaysia . Kami di Udang Galah mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua adik-adik yang telah mendapat keputusan yang flying colour.  Sekolah Terbaik SPM 2017 Sekolah Berasrama Penuh (SBP) 1. Sekolah Tun Fatimah 2. Sekolah Menengah Sains (SMS) Tuanku Munawir 3. Kolej Islam Sultan Alam Shah 4. Sekolah Menengah Sains (SMS) Seri Puteri 5. Sekolah Sultan Alam Shah 6. Malay College Kuala Kangsar (MCKK) 7. Sekolah Menengah Sains (SMS) Perempuan Seremban 8. Sekolah Menengah Sains (SMS) Alam Shah 9. Sekolah Menengah Agama (SMA) Persekutuan Labu 10. Kolej Tunku Kursiah (TKC) Sekolah Terbaik SPM 2017 Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) - Gred Purata Sekolah 1. Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Taiping, Perak - 1.436 2. Tun Ghafar Baba, Melaka - 1.442 3. Kuantan, Pahang - 1.605 4. Pengkalan Chepa, Kelantan - 1.728 5. Langkawi, Kedah - 1.744 6. Tun Abdul Razak,