Kuasa media selalunya dapat menukarkan persepsi masyarakat. Tapi hal ini tidak terjadi di Malaysia dan nusantara apabila persatuan makcik-makcik bawang nusantara bawah gabungan Malaysia, Indonesia dan Brunei telah berjaya menundukkan kuasa youtube. Sungguh malang nasib youtube.
Zaleha di MasterChef UK-kiri
Baru-baru ini terdapat satu video tular tentang penyingkiran Zaleha Kadir Olpin di YouTube rasmi MasterChef UK. Video ini menjadi perdebatan dalam kalangan makcik-makcik bawang nusantara. Malangnya semakan terbaru menunjukkan pihak youtube telah memadamkan video tersebut dek kerana serangan yang bertali arus daripada pihak persatuan bawang.
Laman tersebut hanya menutup ruangan komen, namun mungkin disebabkan faktor kritikan 'berapi' daripada geng ‘makcik dan pakcik bawang’ membuatkan YouTube mengambil tindakan terus memadamkan akaun siaran berkenaan sekitar jam 11 pagi semalam.
John Torode dan Gregg Wallace
Tindakan juri pertandingan itu, John Torode dan Gregg Wallace terhadap juadah nasi lemak rendang ayam yang dimasak Zaleha yang sebelum ini mengatakan ayam rendang masakan Zaleha tidak rangup.
Hal ini menarik kerana Datuk Chef Wan juga telah mengkritik John Torode dan Gregg Wallace yang dianggap tidak tahu tentang resepi rendang dimasak oleh Zaleha. Bertambah menarik, Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak juga mengkritik secara halus berkenaan isu ini di laman twitternya dengan ayat "Mana ada orang makan rendang ayam "crispy".
Tahniah kepada Persatuan Makcik Bawang Nusantara.
Comments
Post a Comment