Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2018

Kontroversi - "Makcik Bawang" Nusantara Berjaya Menundukkan Youtube

Kuasa media selalunya dapat menukarkan persepsi masyarakat. Tapi hal ini tidak terjadi di Malaysia dan nusantara apabila persatuan makcik-makcik bawang nusantara bawah gabungan Malaysia, Indonesia dan Brunei telah berjaya menundukkan kuasa youtube. Sungguh malang nasib youtube. Zaleha di MasterChef UK-kiri Baru-baru ini terdapat satu video tular tentang  penyingkiran Zaleha Kadir Olpin di YouTube rasmi MasterChef UK . Video ini menjadi perdebatan dalam kalangan makcik-makcik bawang nusantara. Malangnya semakan terbaru menunjukkan pihak youtube telah memadamkan video tersebut dek kerana serangan yang bertali arus daripada pihak persatuan bawang.     Masakan Rendang bersama Nasi Lemak Laman tersebut hanya menutup ruangan komen, namun mungkin disebabkan faktor kritikan 'berapi' daripada geng ‘makcik dan pakcik bawang’ membuatkan Y ouTube mengambil tindakan terus memadamkan akaun siaran berkenaan sekitar jam 11 pagi semalam. John Torode dan Gregg Wallace